
Sulit
4 tahun
Berapa lama luka episiotomi akan sembuh selepas pengambilan antibiotik?
hai doktor… adakah luka jhitan episiotomi yg terbuka akan sembuh sendiri selepas pengambilan antibiotik yg diberi oleh doktor? dan berapa lama ia mengambil masa untuk sembuh dan bercantum semula? saya diberi antibiotik capsule cloxacillin 500mg 4x sehari.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan pihak anda luka episiotomy tersebut akan mengambil masa untuk sembuh dengan sepenuhnya dalam 1-4 minggu. Kadang kadang, luka episiotomi mengambil masa yang lama untuk sembuh jika anda mempunyai penyakit Kencing Manis semasa mengandung.
Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh dan jikalau anda mempunyai kebimbangan, anda dinasihatkan untuk ke klinik terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan terhadap jahitan dan luka episiotomi anda.
Untuk penerangan yang lebih terperinci, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.