
nurulaqilah_meskon
5 tahun
Berapa lama untuk dapatkan keputusan ujian saringan covid19?
Suami saya telah melakukan ujian saringan covid-19 di klinik kesihatan kuala lumpur pada 19/3, setelah dimaklumkan ustaz yang mengadakan kuliah agama di kawasan kami positive covid-19.
Ujian dilakukan pada 19/3 (12tgh hari), hari ini 22/3, sudah melebihi 36jam.
Saya ingin tahu, kebiasaan nye berapa lama untuk keputusan ujian saringan covid 19, di maklumkan pada kita?
Dan adakah mana2 talian untuk dihubungi bagi menyemak keputusan itu? Sekin terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Selalunya, keputusan boleh diperolehi dalam masa 38 jam. Pihak hospital sendiri akan menghubungi anda. Oleh itu, anda diminta bersabar sementara menunggu keputusan anda.
Namun begitu, oleh kerana sekarang kita mengalami jumlah pesakit yang banyak, ini mungkin boleh mengambil masa yang lebih lama. Namun sekiranya, anda tidak diberitahu selepas lebih dari 72 jam, berkemungkinan keputusan anda adalah negatif.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih