
Sulit
3 tahun
Berapa ml satu botol kecik vaksin sinovac
saya telah diberikan vaksin sinovac tetapi saya dapati dalam botol tersebut masih ada…doktor menjelaskan kepada saya satu botol untuk 2 orang…walhal dos pertama vaksin sinovac 5ml…soalan saya berapa ml satu botol kecil vaksin sinovac?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, dos bagi setiap suntikan vaksinc Sinovac adalah sebanyak 0.5ml. Pada masa ini, vaksin Sinovac dibotolkan oleh Pharmaniaga dalam negara. Setiap botol tersebut mengandungi 1ml vaksin, untuk digunakan untuk 2 orang. Sebelum ini, botol Sinovac diimport dan botol tersebut mengandungi 0.5ml, untuk 1 orang.
Anda boleh menghubungi doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini