
Sulit
5 tahun
Berapa ulser untuk sembuh
Sy nk tnye berapa lama ulser akn sembuh ye…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, durasi dan tempoh untuk ulser sembuh bergantung kepada individu. Boleh jadi beberapa hari ke beberapa minggu. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ulser untuk sembuh lambat seperti:
- Trauma yang berulang di tempat atau lokasi ulser
- Jangkitan pada ulser
- Kawasan sekeliling atau sekitar ulser yang tidak bersih
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.