
farahnorhazeli
5 tahun
Berapa usia kandungan
Saya baru sahaja berkahwin pada 28/10/2019… Pada pertengahan bulan 11…sy missed period 10 hari…sy check prgnancy test… Positif… Boley thu berapa usia kandungan sy? Sy last period bulan 10 sbelum sy berkahwin…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh memberi tahu dengan tepat kerana kami memerlukan tarikh datang haid anda dengan tepat. Selain itu, jawapan yang lebih tepat adalah dengan merujuk kepada doktor untuk imbasan ultrasound. Anggaran tarikh yang diberikan dalam imbasan adalah lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.