
Anonymous
5 tahun
Berasa pending atau sakit Di atas meningitis atau sekitar bahagia mata
Saya pernah membuat peperiksaan mata untuk memastikan sama ada saya mempunyai rabun atau tidak. Dan doktor memberitahu saya yg sebahagian orang memang akan mengalami sakit sepert dia atas. Bagaimanakah Cara untuk merawat sakit tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- ciri kesakitan
- gejala mata yang lain (kabur pandangan/mata berair/kemerahan/sakit kepala)
- tempoh kesakitan & lain -lain
Namun begitu,secara umumnya,berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami,contohnya:
Resdung– rasa sakit di sekitar bola mata boleh juga disebabkan oleh radang sinus (resdung)
Mata letih (Eye-strain) adalah di antara diagnosis yang diberi dalam kebanyakan kes di mana pesakit mempunyai rasa sakit dalam mata yang kelihatan normal dan tiada kabur pandangan. Ia merupakan salah satu jenis sakit kepala akibat tekanan (stress headache) yang berlaku di sekitar bahagian mata.
Oleh itu,untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih