
weihong6009
5 tahun
Berasa sedikit panas badan
Saya wei hong, on 17th Feb saya pulang dari Jepun tokyo, dan selepas 14 hari (2nd march)saya deman mungkin dari tekak merah. So saya pergi ke klinik dan checkSuhu badan saya masa itu ialah 37.5 celsius and doctor cakap mungkin dari sakit tekak . Saya sudah makan antibiotil untuk 3 hari dan fever medecine juga. After 3 hari saya pergi ke klinik untuk check . And there is no more fever on 5th march. But today i felt lilttle bit tired. So i just want to ask . Im worried abdout the covid19 . Is there any lab we can go test. I give a call to the pathlab and they said they dont. I dont want to go to the govt hospital .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk menjawab soalan anda ujian COVID-19 hanya akan dilakukan sekiranya pesakit tersebut berisiko tinggi. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta langkah yang sepatutnya akan diberikan mengikut kategori anda.
Oleh yang demikian, saya tidak dapat untuk memberikan maklumat mengenai lab yang boleh anda pergi bagi melakukan ujian coronavirus.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan saya dapat sedikit membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini