
Sulit
4 tahun
Berasmara selepas positif covid
Hai doktor… Saya nak bertanya… Saya positif covid dan dah habis tempoh kuarantin… Ada masalah tak untuk saya berhubungan intim dengan suami yang negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham kemuyskilan anda. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkenaan hubungan seksual untuk pesakit COVID-19. Pakar berpendapat pasangan atau pesakit COVID-19 yang telah bebas daripada kuarantin perlu mengelakkan diri dari melakukan sebarang hubungan seksual dalam tempoh 30 hingga 34 hari kerana virus masih terdapat di dalam badan dalam tempoh masa tersebut dan ia boleh menjadi sumber jangkitan. Virus boleh berada di dalam mukosa hidung dalam tempoh masa 9-10 hari dan sehingga 20 hari di dalam najis.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, seeloknya hubungan seksual harus dielakkan buat tempoh masa yang disebut di atas sebagai langkah berjaga-jaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini