
Sulit
4 tahun
Berat badan anak perempuan selalu naik
Umur dia 7tahun.selsama kuman tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami kurang memahami tentang masalah yang ingin ditanya. Untuk makluman pihak anda, masalah selsema adalah disebabkan oleh:
- Jangkitan daripada virus ataupun bakteria- Bakteria boleh mengakibatkan demam selsema yang lebih berpanjangan dan serius daripada virus. Namun, secara amnya demam selsema yang dialami oleh kebanyakan orang adalah berasal daripada perbuatan virus dan akan sembuh dengan sendiri dalam masa kurang daripada sepuluh hari.
- Alahan
- Allergic rhinitis
Keadaan ini akan sembuh dengan sendiri. Beberapa ubat boleh membantu dalam meringakan gejala yang dialami seperti ubat demam dan ubat selsema yang boleh didapati dengan mudah di farmasi atau klinik-klinik berdekatan. Paracetamol dan ubat anti-histamin adalah antara contohnya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana anda dinasihatkan untuk segera ke hospital
- Demam panas yang melebihi 38 darjah Celcius yang diiringi masalah pernafasan, hilang selera makan dan badan yang menggigil.
- Batuk dan sakit tekak berpanjangan (lebih daripada sepuluh hari).
- Sakit dada ketika anda batuk atau mengeluarkan kahak yang berdarah
- Individu yang dijangkiti adalah seorang yang mempunyai asma atau COPD (lelah rokok/emfisema).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.