
hafizzr634
5 tahun
Berat badan semakin turun
Salam sejahtera, sejak kebelakangan ini, kawan kawan dan orang terdekat yang mengenali diri saya selalu mengatakan yang saya semakin kurus. Adakah saya mengalami apa apa penyakit atau tidak. Kerana saya selalu melakukan aktiviti fizikal seperti jogging, push up dan lain lain. Dan apabila di rumah, saya tidak boleh makan terlalu banyak, kerana saya merasa hendak muntah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tidak cukup makan
- Terlalu kerap bersukan tanpa mendapatkan makanan yang secukupnya
- Masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.