
Sulit
4 tahun
Bercakap seorang diri
Saya remaja berumur 16 thun sy sering ckp sorang sorang and one day time sy cakap sorang diri tiba tiba sy mcm terasa badan sy lain macam and after Hari itu sy dh X ckp sorang diri selama 3 Hari. Adakah sy mengalami masalah mental?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tersebut, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- gangguan panik
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih