Anonymous
4 tahun
Berdarah ketika hamil
Saya wanita berumur 27tahun,sekarg tengah hamil anak ke3.tapi masih baru lagi dalam 7week9day,tapi sudah 4hari keluar darah,saya risau sebab kandungan masih baru.adakah itu tanda2 keguguran.sebab darah yang kelua bukan banyak.sikit2 sahaja.waktu malam baru saya rasa sakit bahagian perut…sakit pun tidak kuat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkanya.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormone
Oleh sebab and sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untuk anda mendapatkan pandangan doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih