Sulit
6 tahun
Berdarah selepas berhubungan tapi tidak period
saya wanita berumur 25thn … malam semalam .sya berhubungan dgn suami . then bleeding . tp xsakit . saya tgu keesokan hari .mgkin darah period .tp tak period pun … dlu lepas kawin pun ada mcm ne . tp period …kaline tidak …perna saya berhubungan dgn suami . ada keluar mcm isi2 … tak tau apa benda … saya perna ke hospital untk minta pndapt ,tp masa tu d0c lelaki . sya xcrita pnjang lebar . sya harap petanyaan saya terjawab 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- polip pada serviks
- ectropion
- fibroid pada serviks
- endometriosis
- kanser serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































