
Sulit
3 tahun
Berdarah Selepas makan ubat Postinor
Hi Doktor,
Selepas hari ke 7 haid, saya mengadakan hubungan intim dan secara tidak sengaja semasa melakukan seks, accidentally kondom tertinggal di dalam dan kemudian dikeluarkan…the next day saya makan postinor pil 2 biji, lepas 5 atau 6 hari kemudian saya ada keluar darah memang macam darah haid ada ketul juga. Boleh terangkan saya apa berlaku sebenarnya? Adakah ini memang darah haid? Kalau pregnant, mcm mana bole pregnant kalau time tu tak da telur? Kalau haid, boleh kah haid seawal itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami pendarahan seperti haid selepas mengambil pil Postinor 2 biji. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan awal atau spotting adalah antara kesan sampingan pil Postinor. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti pening kepala, atau sakit perut yang teruk, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.