
shu4934
5 tahun
Berdarah semasa hamil
Saya berumur 27 tahun dan tengah mengandung anak yang kedua. Baru-baru ni saya buat monthly check up, then doctor said saya pregnant kembar tapi satu kantung ok, satu kantung kosong… Dan untuk pengetahuan doktor, setiap kali saya bangun pagi, akan ada darah keluar seperti darah ikan. Hanya waktu bangun pagi. Kuantiti seperti hari kedua datang haid. Boleh doktor jelaskan mengapa darah keluar hanya pada waktu bangun pagi dan adakah berbahaya untuk janin yang satu lagi? Keadaan ini sudah berlarutan selama 12 hari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan pada waktu pagi anda boleh disebabkan:
- Kematian/keguguran janin kedua
- Pendarahan fibroid/polip rahim
- Masalah pembekuan darah
- Jangkitan dalam kelamin/rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.