
Sulit
4 tahun
Berdenyut area bawah perut sekitar bawah pusat
Saya wanita berusia 24 tahun. Lately saya kerap rasa berdenyut dan tegang di kawasan bawah abdomen lebih-lebih lagi di bahagian bawah pusat. Hal ini disertai dengan gejala kembung perut. Kadang kala timbul rasa sakit berdenyut di bahagian bawah perut kiri dan kanan.
Adakah hal ini disebabkan gastrik atau petanda bagi hal-hal yang lain? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Namun begitu, kenyataan yang anda berikan terlalu kompleks. Maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda juga perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya mendapatkan rawatan mengenai masalah yang anda hadapi.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami kesakitan disekitar kawasan perut:
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Jangkitan kelamin
- Hernia
- Masalah usus
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor secepat mungkin.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.