
Sulit
3 tahun
Berdenyut belakang kepala
saya ibu berumur 26 tahun, mempunyai 3 orang anak, dan bayi berumur 4 bulan yg paling kecil. Soalan saya. Saya mengalami sakit / berdenyut di belakang kepala belah kanan. Bukan sakit kepala yg berpanjangan namun hanya sekejap-sekejap. Ianya sakit bila dia datang, namun hilang kembali. Adakah kerana saya tidak cukup rehat atau ada masalah lain ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah sakit kepala pada bahagian belakang kepala sebelah kanan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maluman anda, simptom sakit kepala yang anda nyatakan sememangnya boleh diakibatkan oleh stres. Ia juga boleh berpunca daripada beberapa jenis penyakit seperti:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tekanan
- Sakit kepala kluster
- Ketumbuhan atau pendarahan pada otak
- Jangkitan pada otak
- Masalah darah tinggi
- Trauma
Berikut merupakan senarai diagnosis umum mengenai penyebab sakit kepala. Kami tidak dapat memberikan diagnosis serta nasihat rawatan yang tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Buat masa ini, kami sarankan agar anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.
Namun, jika sakit kepala berpanjangan atau semakin teruk, sila rujuk perkara ini kepada doktor. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .