
Sulit
4 tahun
Berdenyut di bahagian kiri mata
Hi, bahagian di antara mata kiri dan hidung saya rasa berdenyut. Rasanya seperti ada benda bergerak disitu. Ianya tak mengganggu mata, tetapi ianya tidak menyelesakan dan mengganggu. Tidak berlaku terlampau kerap, tapi jika ianya berlaku, ia berdenyut dalam masa beberapa saat, dan selang beberapa minit ianya berdenyut lagu. I need advice for this. Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah yang anda alami. Jika anda maksudkan eye twitching, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penat atau lemah
- Stres
- Penggunaan kafein yang banyak
- Pengambilan alkohol
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami tidak dapat menjawab persoalan anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini:
- Sakit di bahagian mata
- Mata merah atau gatal
- Penglihatan anda terganggu
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.