Sulit
3 tahun
Bergejala Mati Pucuk
Saya seperti sudah mula bergejala mati pucuk, dimana sy susah utk ereksi dn mengekalkannya…
adakah ianya boleh dirawat dgn mengubah gaya hidup seperti senaman & sbginya?
dan adakah supplement yg didapati di farmasi dgn nama Episor selamat utk digunakan…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
-Penyakit jantung
-Diabetes
-Obesiti
-Kolesterol tinggi
-Darah tinggi
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Untuk produk yang anda nyatakan saya kurang pasti dengan keberkesanannya dalam merawat masalah anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah