
Sulit
3 tahun
Berhalusinasi tentang seks sejak kecil
Hi doktor. Saya dari kecil selalu berhalusinasi tentang seks. Dan ketika saya berumur 13 tahun halusinasi itu hilang. Tapi entah kenapa, penyakit itu datang ketika saya berumur 19 tahun sehingga la saya sekarang berumur 20 tahun. Saya tahu benda itu salah kerana saya orang islam. Dan benda itu buat saya Ketagih. Bagaimanakah saya ingin merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami bahawa anda mengalami halusinasi perihal perkara seksual. Kini anda ingin mendapatkan nasihat yang sepatutnya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, halusinasi adalah simptom yang tidak normal. Ia mungkin disebabkan oleh masalah psikiatri yang serius. Halusinasi seksual juga boleh mengganggu hubungan bersama pasangan anda pada masa hadapan. Namun, tanpa perincian simptom, sejarah kesihatan dan ujian klinikal, diagnosis yang tepat adalah sukar.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri