Anonymous
6 tahun
Berhenti ambil suntikan perancang
saya dah ambik suntikan depo hampir 3 tahun dan tidak pernah period langsung…dan sepatutnya 14.7.2019 hari suntikan tapi dah stop…sudah 3 hari sya sakit kepala, pening, loya dan muntah…ini antara kesan sya stop suntikan depo kew…then macam mana sya nk tahu waktu saya subur sbb saya lngsung x pernah period…thanks
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami mungkin berpunca daripada:
- Kesan berhenti suntikan depo
- Migrain
- Jangkitan kuman dalam perut
- Sindrom Pra-menstruasi
Untuk kitaran haid anda kembali normal selepas pengambilan suntikan depo, ia akan mengambil masa hingga berbulan. Ketidaan haid akan semakin berkurangan jika anda stres, berat badan terlebih kurang/berat serta banyak aktiviti fizikal. Untuk mengetahui waktu subur anda, haid pertama harus datang dahulu dan ianya mestilah konsisten kembali.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































