Sulit
2 tahun
Berhenti cucuk depo
Saya sudah 5 bulan atau 6 bulan tidak bersama suami…saya nak berhenti cucuk depo…adakah saya akan mengandong kalau saya berhenti cucuk depo sekarang…Saya berumur 41 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin tahu risiko kehamilan jika berhenti mengambil suntikan Depo-Povera pada umur 41 tahun. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setelah memberhentikan suntikan Depo-Provera, kesannya akan masih lagi ada dalam 12-14 minggu atau 1-2 tahun, bergantung kepada individu serta tempoh penggunaannya. Namun, ia tidak lagi efektif seperti sebelumnya. Kebiasaannya wanita akan mencapai menopause pada umur 50 tahun ke atas. Oleh itu, kemungkinan untuk anda mengandung setelah melakukan seks masih lagi ada.
Kami menyarankan penggunaan perancanga keluarga jenis halangan seperti condom lelaki, condom wanita atau diaphragm. Alat ini bukan sahaja menghalang kehamilan, ia juga menjaga kesihatan seksual anda.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih