
Sulit
3 tahun
Berhenti cucuk perancang
hai doctor. adakah Pemeriksaan kesuburan itu betul ? sebab sebelum ni doctor saya kata . kesuburun selepas cucuk depo mengambil masa 6 sehingga 12 bulan untuk subur . tapi bila saya periksa kesuburan saya mengunakan opk and selalu double line . Adakah betul saya subur ? atau saya tidak subur selepas 6 sehingga 12 bulan ye doctor ?period saya regular . Boleh jelaskan ? . terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda ingin mengetahui tentang kesuburan anda setelah menerima suntikan perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, suntikan perancang lazimnya akan berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari menerima suntikan. Tambahan lagi suntikan biasanya diberi setiap 12 minggu (3 bulan) mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan. Manakala kesuburan pada wanita pula boleh kembali dari 4 bulan (sejak suntikan terakhir) sehingga setahun malah mungkin lebih lama bergantung pada setiap individu.
Walau bagaimanapun, untuk menilai dengan lebih lanjut tentang kesihatan kesuburan anda, pemerhatian dari doktor perlu di lakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, dua garisan yang timbul pada ujian Ovulation Predictor Kit (OPK) tidak semestinya menandakan ovulasi. Umumnya, kebarangkalian positif ovulasi (dalam masa 36 jam) adalah tinggi, sekiranya garisan test (T) lebih pekat dari garisan control ( C ).
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara langsung, agar bantuan lebih lanjut boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.