
Sulit
4 tahun
Berhenti Minum Ketum dan Mendapat Masalah Sakit sendi
Saya berusia 25 tahun. Saya telah mula berhenti minum ait ketum dua hari yang lalu. Namun saya telah alami masalah sakit sendi dan sukar untuk tidur. Bolehkah saya tahu kenapa? Bagaimana cara untuk menyelesaikannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala ketagihan merupakan salah satu dari gejala psikiatri yang sememangnya sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Yang jelas disini air ketum mempunyai banyak keburukan antaranya:
- Menyebabkan rasa khayal (euforia)
- Rasa pening
- Mengantuk
- Muntah
- Mengakibatkan ketagihan
- Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
- Kulit menjadi kering
- Sembelit
- Insomnia (gangguan tidur)
- Menyalahi undang-undang
Selain itu, ia juga dapat mencetuskan sindrom sarak atau withdrawal syndrome yang ditandai dengan gejala sakit tubuh badan (i.e. sakit sendi) atau tidak selesa (i.e sukar tidur) sekiranya tidak mendapatkan zat tersebut.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi dan agar sering mengingatkan anda keapda keburukan air ketum. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami sangat menggalakkan anda untuk cuba kuatkan semangat dan menjauhi dari amalan yang tidak sihat itu.
Pengubatan dalam menanggani ketagihan memerlukan preskripsi dari doktor yang bertauliah, namun buat sementara waktu, kami menasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kerisauan & ketagihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri apabila cuba menahan ketagihan
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.