Sulit
4 tahun
Berhenti mkn pil perancang keluarga selama 3minggu
Saya dah berhenti mkn pil perancang keluarga apakah saya ada peluang untuk hamil lagi doct
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, peluang untuk hamil sebaik sahaja berhenti mengambil pil perancang sebenarnya bergantung kepada kitaran haid dan jenis pil yang anda ambil. Sekiranya anda berhenti minum pil pada pertengahan bungkusan, kemungkinan untuk hamil boleh terjadi. Sebaliknya, jika anda menghabiskan pil untuk satu bulan tertentu, kehamilan mungkin berlaku setelah kitaran haid anda kembali normal. Penting untuk diketahui bahawa hanya mengambil pil untuk sementara waktu tidak memberi kesan jangka panjang setelah anda berhenti - ia mesti diminum setiap hari untuk mencegah kehamilan. Sekiranya anda mengambil jenis konvensional, yang mempunyai pil aktif selama tiga minggu, kemungkinan anda hamil selepas haid bulan berikutnya. Anda juga boleh hamil sekiranya anda terlupa mengambil pil mengikut masa yang telah diaturkan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































