
Anonymous
2 tahun
Berhenti steroid (prednisone)
Saya gadis berusia 17 tahun. Saya merupakan penghidap SLE. Doktor menyarankan saya agar mengambil prednisone. Saya telah menggunakan prednisone selama 4 bulan. Simptom yang saya alami sekarang seperti moonface,jerawat dan kenaikan berat badan mendadak. Saya hanya mengambil 4 biji prednisone mengikut arahan doktor. Apakah yang berlaku jika saya menghentikan serta merta penggunaan prednisone?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius.Gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari.
Prednisolone merupakan rawatan utama untuk SLE. Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu, kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini. Anda amat disarankan untuk berbincang dengan doktor /pihak kami tentang keputusan anda supaya dapat memberi nasihat lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih