hadandri94
4 tahun
Berhenti suntikan depo untuk pil perancang yasmin
Sy wanita berumur 26tahun, Saya berhenti mengambil suntikan depo pada 30/3/20 lepas dan merancang utk ambil pil perancnag yasmin tapi saya sudah 4 hari lewat period adakan sy terus bileh makan pil perancnang atau tunggu 1st period
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Memandangkan anda telah lewat haid, saya sarankan anda menjalani ujian kehamilan sebelum mengambil pil tersebut. Jika tidak hamil, anda perlu mengambil pil tersebut secepat mungkin. Namun, tempoh anda mengambil perlu selewat-lewatnya seminggu atau 2 minggu selepas suntikan depo berakhir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.