
Sulit
5 tahun
Berhubungan intim di waktu subur tapi mengamalkan pengambilan pil perancang keluarga
Ain, 30. Adakah pil perancang Keluarga boleh menghalang kehamilan walaupun sy dan suami melakukan hubungan intim ketika waktu subur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang keluarga boleh mencegah kehamilan walaupon anda melakukan hubungan intim sewaktu subur.
Anda disarankan untuk mengambil ubat tersebut mengikut yang ditetapkan. Terdapat 1% risiko untuk anda mendapat kehamilan dengan menggunakan pil perancang keluarga ini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mengambil ubat mengikut yang ditetapkan, risiko itu akan meningkat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.