
Sulit
5 tahun
Berhubungan intim ketika period
Saya mhd ikhwan 23 tahun. Ada kemungkinan ke wanita akan pregnant kalau lelaki pncut dlm rahim ketika wanita itu dlm kitaran period ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko kehamilan walaupun rendah sekiranya berlaku hubungan intim semasa haid lebih-lebih lagi pada penghujung haid anda. Hal ini kerana sperma boleh hidup selama 4 hingga 5 hari dan sekiranya anda mengalami kesuburan yang awal, kehamilan boleh berlaku.
Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.