
Sulit
4 tahun
Berhubungan pada hari akhir period ,adakag saya berkemungkinan utk hamil.?
saya wanita berumur 18 saya terlanjur dgn kekasih saya pada bulan lalu . iaitu pada 20/1 dan pada haritu juga adalah hari terakhir saya datg bulan . darah masih berwarna coklat . kekasih saya tersedar bahawa dia telah pun terpancut dalam tapi dia usaha mengorek utk menggeluarkn nya dan ada banyk air mani terkluar . adakah saya berpontensk utk hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Hubungan seksual ketika berada dalam keadaan haid adalah tidak digalakkan dan tidak sihat. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.