nadhira6559
3 tahun
Berkahak berpanjangan tanpa batuk
ibu saya berumur 60 tahun.beliau sukar untuk menelan makanan dan minuman kerana tekaknya terasa sempit.setiap masa perlu membuang kahak walaupun tidak batuk.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala berkahak berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran udara - oleh bakteria atau virus yang menyebabkan kahak
- Kurang minum air - menyebabkan tekak berasa kering dan berkahak
- Keradangan saluran udara - akibat asap rokok/jerebu
- Masalah asid refluks (gastrik) boleh menyebabkan asid memasuki saluran udara dan menyebabkan keradangan
- Penyakit COPD iaitu saluran udara sempit
- Ketumbuhan pada saluran pemakanan atau saluran udara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























