Anonymous
6 tahun
Berkahak dan sukar bernafas
Saya berumur 21 tahun dan baru sahaj menjalankan pembedahan tonsil. saya dapati masalah kahak saya berpanjangan walaupun selepas saya membuang tonsil dan menyebabkan saya sukar untuk bernafas pada waktu malam. bagaimana cara untuk mengatasi masalah berkahak ini dokte ? saya sudah berkahak sewaktu saya tingkatan 1 dan saya mmng sukar untuk tidur malam akibat berkahak.
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda, kahak mungkin disebabkan oleh
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih



































