
Sulit
5 tahun
Berkahak hijau dan tidak batuk
wanita 30 an dan baru selesai mkn antibiotik amoxicilin and clavulanate utk 5 hari dan bromhexin dysolvan tablet tapi blm selesai mkn.skrg ada sedikit kahak hijau masih ada tp hijau sedikit saja berserta liur putih.slps mkn kedua dua ubat tekak ada sedikit rasa nak batuk .padahal seblm ni tak batuk…batuknya mcm cough satu kali
apa pandgn Doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk berkahak boleh berpunca atas sebab-sebab tertentu seperti:
Jangkitan bakteria atau virus pada saluran udara (bronkitis akut)
Asma
Allergic Rhinitis (Alahan)
Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Penyakit tibi
COPD (Penyakit saluran udara sempit)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.