Sulit
2 tahun
Berkaitan cara nk dpatkn cream podophyllotoxin
Adakah cream podophyllotoxin ni ada dijual di farmasi…ke kna dptkn melalui doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, bagi rawatan ketuat kelamin, sama ada menggunakan podophyllotoxin atau ubat-ubatan lain adalah berdasarkan kesesuaian kepada pemakainya. Ia memerlukan preskripsi daripada doktor setelah pemeriksaan menyeluruh ke atas anda, bagi mendapatkan rawatan yang tuntas bagi menangani masalah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih