
Sulit
5 tahun
Berkaitan dengan haid
Saya wanita berumur 24 tahun. Belum berkahwin. Semasa datang bulan, darah yang keluar tidak banyak tetapi kitaran haid saya setiap bulan datang bulan. Cuma darah yang keluar tidak banyak. 2 hari macam Tu datang bulan masuk hari ke 3 hanya titisan darah sahaja yang keluar. Adakah kitaran haid saya di tagap yang normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tempoh haid wanita boleh terjadi antara 4 hingga 10 hari. Kitaran haid adalah 28 hingga 35 hari. Jika anda mengalami masalah ini sekali sahaja maka perkara tersebut adalah normal. Namun, jika ia berlanjutan dan berkaitan dengan gejala lain seperti sakit pinggang, senggugut dan sebagainya. Sila dapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.