
Sulit
5 tahun
Berkaitan Kolesterol tinggi
Assalamualaikum dan salam sejahtera…jika kolesterol tinggi adakah ia akan meningkatkan bacaan tekanan darah…mohon pencerahan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya tahap kolesterol anda tinggi, anda adalah berisiko tinggi bagi kolesterol untuk bersumbat saluran darah anda terutamanya di jantung. Sumbatan ini boleh menyebabkan jantung anda tidak mendapati saluran darah yang beroksigen. Hal ini akan menyebabkan jantung anda mengepam dengan lebih kuat untuk mendapatkan saluran darah dan ini akan dibaca pada tekanan darah yang tinggi.
Masalah ini boleh mengancam kesihatan jantung anda, keadaan seperti serangan jantung atau kegagalan jantung berisiko untuk berlaku. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.