Sulit
2 tahun
Berkaitan penerima vaksin yg makan paracetamol sblm vaksin
Doctor, saya telah lengkap vaksin 2 dose. Tapi saya dapat tahu, bahawa tidak di galakkan penerima vaksin untuk makan paracetamol sebelum vaksin. Jika saya lakukan itu dari dose pertama dan kedua, adakah vaksin yg saya tapat berfungsi d badan atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol sebelum menerima vaksin COVID-19 untuk mengelakkan kesan sampingan adalah tidak digalakkan. Sebabnya, kami tidak dapat mengetahui kebolehan ubat tahan sakit mempengaruhi kesan vaksin yang diterima.
Namun, vaksin anda terima tentu akan berfungsi serta memberikan kesan perlindungan kepada anda, cuma kami tidak dapat meramalkan keberkesanannya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini