
shahnorlina
5 tahun
Berkaitan penyakit covid19
Assalammualaikum & salam sejahtera tuan
saya Azaruddin saidun pemilik restoran ,saya ingin bertanya restoran perlu tutup ke ? dan jika saya buka restoran tapi khidmat bungkusan sahaja boleh ke ? mohon pihak tuan / puan dapat membalas dan memberikan info yang betul …
sekian
terima kasih .

5 tahun
Salam sejahtera,
Kami sedia maklum bahawa arahan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri. Premis am kecuali kedai serbaneka, jualan runcit, pasaraya dan pasar awam yang menjual barangan keperluan awam hendaklah ditutup. Kami kurang pasti akan restoran jualan makanan dan terdapat sesetengah premis jualan makanan yang hanya melakukan servis penghantaran makanan bagi mengantikan konsep ‘dine in’.
Anda perlu untuk merujuk isu ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk arahan yang lebih terperinci.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini (DoctorOnCall Tanya)