
Sulit
5 tahun
Berkenaaan test mengandung
Doktor, kalau saya test mengandung 3 minggu selepas dari tarikh missed period dan keputusannya negatif, patutkah saya percaya keputusan itu atau ia hanyalah false negatif? saya dah test sebanyak 3 kali dan semua negatif, saya test semua pada waktu pagi (first morning urine) saya dah 2 bulan tak datang period.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketepatan ujian kandungan melalui air kencing amatlah tinggi iaitu 99%, namun setiap ujian yang dijual di pasarkan memiliki tahap sensitivi yang berbeza. Ia bergantung kepada jenis ujian yang telah anda beli. Terdapat punca lain yang juga menyumbang kepada false negatif, antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Selain itu, arahan bagi setiap bahan ujian adalah berbeza dan anda mestilah mengikut arahan tersebut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.