Sulit
3 tahun
Berkenaan dengan ubat frusemide dan check hcg
saya seorg pesakit jantung dan saya
makan ubat frusemide .saya nak tanya
adakah ubat frusemide tu susah nak detect
hcg kita?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan hcg dalam darah tidak terganggu akibat daripada pengambilan ubat frusemide. Namun, kandungan hcg dalam air kencing boleh terganggu disebabkan pengambilan frusemide.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih segera bagi memastikan rawatan bersesuaian diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.