
Anonymous
5 tahun
Berkenaan tentang hamil
Saya wanita dalam umur lingkungan 20an dan mempunyai seorang anak yg berumur 3tahun lebih.Memandangkan umur anak dah 3tahun lebih saya telah berhenti mengambil pil perancang. Sekarang dah 8 bulan saya berhenti makan dan berharap akan hamil lagi dalam masa terdekat ni tapi saya punya kitaran haid macam tak berapa elok. Kadang datang kadang tak ada.kadang sampai 2 bulan tak datang haid ingatkan pregnan tpi tak…Saya kecewa.Adakah tahap kesuburan saya kurang? tapi pada tahun 2017 saya pernah terjatuh teegolek daripada tngga dapur sampai habis biru saya punya bahagian punggung tapi saya tidak ada pergi hospital.Adakah itu juga salah satu penyebab saya blum hamil lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Hamil
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan kesuburan pula ia boleh disebabkan oleh kemandulan suami atau isteri atau kedua-duanya. Kemandulan pula terbahagi kepada kemandulan primer dan sekunder. Anda disarankan berjumpa pakar sakit tuan dan puan bersama suami.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.