
Sulit
4 tahun
Berkenaan ubat panaldo solube
doctor,boleh ker ambil ubat panaldo solube kemudian ambil ubat selsema?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubatan.
Untuk makluman anda, tiada masalah untuk mengambil panadol dengan ubatan lain dalam masa yang sama asalkan ubat tersebut tidak mengandungi paracetamol sebagaimana kandungan dalam panadol. Sila periksa atau tanyakan kandungan ubat anda kepada doktor atau farmasi yang merawat anda. Sekiranya ubat tersebut juga mengandungi paracetamol, elakkan ambil dalam masa yang sama dengan panadol.
Saya menasihatkan anda untuk sentiasa bertanyakan doktor atau farmasi yang memberi preskripsi ubat tentang cara pengambilan ubat yang betul bagi mengelakkkan sebarang permasalahan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.