irahabdullah2
4 tahun
Berlaku perdarahan pada 5week kandungan
Saya wanita dalam 28 tahun,saya ingin bertanya sy mengalami pendarahan semasa hamil…adakah normal atau kecendurungan utk keguguran…pendarahan tidak lah byk…tp sama mcm period…sekarang sy pkai pantiliner…tp xlh penuh pantiliner tu…boleh doc jelaskan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan sewaktu awal kehamilan boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keguguran
- Pendarahan fibroid/polip dalam rahim atau serviks
- Kehamilan luar rahim
- Penyakit trofoblas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah dengan ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.