Sulit
6 tahun
Bernafas tidak puas
Saya wanita berumur 35 tahun berat badan 95kg tinggi 170cm.saya merasakan tidak puas bernafas sejak 4 hari ini.tetapi kadang kala ok kadang kala jadi lagi.saya dah ke klinik kesihatan dan doktor mengesahkan nafas saya lapang dan lancar tapi saya masih rasa benda sama.rasa x selesa seharian.apa yang perlu saya buat ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok.
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































