Sulit
5 tahun
Bernanah di bahagian luar kemaluan lelaki
Saya lelaki 29tahun masih bujang, dan mengalami kemaluan (di bahagian kulit lipatan bersunat). Tak tahu kesan dari apa. Tiada hubungan luar kelamin. Kesan nanah menyebabkan ketidakselesaan untuk bergerak. Boleh bagi pendapat pandangan atau cara rawat penyakit tersebut serta penerangan. Terima kasih
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































