
azminurulnadia
5 tahun
Berpantang Dan bersalin secara pembedahan
Saya ingin mendapatkan kepastian adakah sewaktu berpantang mmg tidak boleh minum minuman sejuk atau berais? Utk pengetahuan Doktor saya baru sahaja melahirkan cahaya mata bulan satu baru baru ni secara pembedahan c section, Soal pemakanan juga, cth seperti Ikan. Ikan apa yang sesuai dimakan? Saya juga ingin bertanya adakah normal utk masih merasa kesakitan di bahagian yg dijahit walaupun sudah sebulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada masalah untuk minum minuman sejuk atau berais semasa berpantang. Hal yang lebih penting adalah memastikan bahawa anda mendapatkan air yang cukup dan mengelakkan terjadinya dehidrasi.
Kedua, ikan jenis apapun, malah ayam atau daging semua adalah dibolehkan. Tidak ada sejenis ikan yang lebih superior daripada ikan lain dalam perbaikan luka bedah. Yang perlu ditekankan adalah bahawa dalam perbaikan sel dan tisu pasca persalinan dan pembedahan, anda perlu makan makanan yang kaya protein memandangkan protein adalah kelas makanan yang penting untuk perbaikan dan perkembangan sel tubuh.
Ketiga, sakit pasca pembedahan biasanya akan berkurang dalam 2 hingga 3 minggu. Namun, apabila sakit makin bertambah ataupun tidak berkurang, ia boleh jadi timbul disebabkan oleh banyak hal seperti:
- adanya jangkitan kulit
- masalah kesihatan lain seperti batuk berpanjangan yang menyebabkan tekanan dalam perut bertambah sehingga muncul sakit di tempat luka operasi
Justeru, ada baiknya sekiranya anda mengunjungi doktor berkenaan sakit luka operasi tersebut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.