Sulit
5 tahun
Berpeluh terlalu kerap and teruk
salam…saya lelaki berumur 23 …masalah yang saya hadapi selama sebulan yang dahulu langsung tak amboil berat iaitu berpeluh pada bahagian tapak kaki,ketiak dn tapak tangan…makin lama makin teruk dan ape tindakkan saya seterusnye??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kerap berpeluh ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- genetik
- masalah sistem autonomik badan seperti kencing manis
- masalah saraf yang terjejas
- hormon tiroid berlebihan
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, langkah berikut boleh dijalankan:
- pemakaian anti-perspiran deodoran
- penggunaan losyen tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































