
Sulit
5 tahun
Berpuasa ketika hamil
Saya sedang hamil anak pertama, usia kandungan saya 8 minggu. Adakah ada sebarang masalah kesihatan yang bakal berlaku kepada baby saya sekiranya saya puasa full spnjg bulan ramadhan ini?Ramai kata untuk tidak berpuasa tetapi saya rasa kurang pasti…harap bole dapat keterangan lanjut.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda masih boleh berpuasa ketika hamil. Namun, anda perlu memastikan yang anda mengambil makanan yang secukupnya ketika sahur dan berbuka. Di samping itu, suplemen seperti folic acid, iron dan calcium juga perlu diambil sewaktu kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.