
eeiza83
5 tahun
Bersama ketika habis pil dan belum period
Saya nak tanye, pil perancang saya telah habis selama 2 hari, tetapi saya masih belum period…saya ade bersama suami…ade kah ade potensi untuk saye hamil atau perlukah saya mengambil postinor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, risiko untuk hamil itu ada meskipun rendah. Anda boleh terus ke klinik atau hospital bagi mendapatkan postinor 2. Pil tersebut hanya boleh diambil dalam tempoh 72 jam setelah bersama. Namun yang demikian, anda sewajarnya mendapatkan konsultasi lanjut terlebih dahulu. Sekiranya didapati anda tidak perlu mengambil postinor 2, maka anda tidak perlu mengambilnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.