
Sulit
5 tahun
Bersama selepas bersalin
Hai doktor. Saya ada sedikit pertanyaan. Saya mengalami pendarahan sedikit selepas bersama dgn suami di hari ke 40. Saya sudah habis nifas kira2 4 hari lalu. Jahitan saya pun sudah baik. Adakah pendarahan itu bermaksud nifas saya belum habis atau ia terjadi sebab saya bersama dgn suami sy? Sebab darah tu keluar bersama lendir dan ianya berwarna merah jambu. Saya tidak merasa sakit apa2. Perlukah saya ke klinik berdekatan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda teerhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih